Saturday, March 19, 2011

Adat Berpantun....

Bismillah....
Assalamualikum.....entri kali ni (cewahhh...)..aku nak kongsi adat yang lama dah kita tinggalkan...bukan ape sesaja jer nak kongsi ngan anda semua...(ni pun cume copy paste dari satu sumber...mintak izin eah..)ok la..kalau zaman nenek moyang kita dulu2...adat berpantun memang menjadi satu kewajipan kan....terutama sekali waktu merisik, meminang....tapi sekarang...adat berpantun jarang dan memang jarang sekali kita dengar...bukan nak cakap yang kita ni melupakan adat..tapi, orang sekarang lebih suka proses yang cepat dan berterus terang..al-maklum la..zaman teknologi moden..segalanya pantas...hehehe...berpantun pantun tu...leceh..lambat...terus terang jer ape hajat dihati...tapi, ape2 cara sekali pun...yang penting ia nye masih mengikut adat...merisik, meminang, bersanding dan bertandang...hehehe...


Ok la...apa kata sesekali kita mencari kelainan di majlis persandingan dengan mewujudkan kembali adat berpantun warisan nenek moyang kita dulu2...yang sememangnya jarang sangat2 di praktikan..kan ker lebih manis kiranya tutur kata dan pembuka bicara dengan serangkap pantun, selain dapat mengeratkan hubungan ia juga boleh memecah gelak tawa para tamu yang hadir...tp, aku bukan la pandai berpantun...cume sekadar suka suki...eheheh...kat bawah ni ada beberapa rangkap pantun yang boleh diguna pakai....sila la...


Tiup serunai di atas kota
Uda memupuk bunga Melati
Mula kenal kemudian bercinta
Cinta tersemai dalam hati
Masak mi wap berkepul
Guna penyejat si kayu jati
Hari ini kita berkumpul
Menyampaikan hajat di dalam hati

Di malam hari terang senegeri
Bulan purnama dihujung julai
 Majlis gahari bertambah seri
 Menyambut kedatangan kedua mempelai

Tuan puteri tersenyum-senyum
Melihat laksamana bermain rodat
senyum-senyum jangan tak senyum
sudah sempurna segala adat


Dengarlah ini ayah berpesan
anak menantu, ayah berpesan
Berkasih sayang sesama insan
Jangan cepat menjadi bosan

Ayam dara di buat gulai
Bungkus bekalan letak di bucu
Riang gembira kedua mempelai
Semoga berkekalan keanak cucu

Ke seberang Takir membeli cermin
Beli ikan dimasak gulai
Cinta berakhir ke jinjing pelamin
Sama segak kedua mempelai

Orang jauh dikenang-kenang
Hanya terkenang pada yang satu
Mula berkenal kemudian bertunang
Di atas pelamin sama bersatu


Tamat pun sesi berpantun...semoga kita jumpa lagi dilain entri...aku harap anda semua enjoy...ok..


Friday, March 18, 2011

Harga Pakej-Pakej pertunangan dan persandingan D'Kurnia Wedding ~

Bismillah, Assalamualaikum semua...entri pada kali ini saya ingin menampilkan harga-harga bagi pakej pertunangan, gubahan hantaran dan persandingan yang kami sediakan, antaranya adalah seperti berikut :


Pakej D'Kurnia Pertunangan :

RM580 sahaja ~
  • Make-up 1x (P)
  • Sepasang pakaian pertunangan (P)
  • Aksesori
  • Pelamin mini (harga mengikut jenis pelamin)


Pakej D'Kurnia 1 (Perkahwinan) :

RM650 sahaja ~
  • Sepasang persalinan persandingan (lace/ songket/ L&P)
  • Make-Up 1x
  • Aksesori lengkap
  • Bunga tangan


Pakej D'Kurnia 2 (Perkahwinan)

RM1480 sahaja ~
  • Sepasang persalinan persandingan (lace/ songket/ L&P)
  • Make-Up 1x
  • Aksesori lengkap
  • Pelamin rumah (set renjis/ bantal tangan/ kipas/ payung)
  • Bunga tangan
  • Hiasan meja makan pengantin 2 meja 8 kerusi


Pakej D'Kurnia 3 (Perkahwinan)

RM1880 sahaja ~
  • Sepasang persalinan persandingan (lace/ songket/ L&P)
  • Sepasang persalinan berinai (L&P)
  • Make-Up 2x
  • Aksesori lengkap
  • Pelamin rumah (set renjis/ bantal tangan/ kipas/ payung)
  • Bunga tangan
  • Hiasan meja makan pengantin 2 meja 8 kerusi


Pakej D'Kurnia 4 (Perkahwinan)

RM2280 sahaja ~
  • Sepasang persalinan persandingan (lace/ songket/ L&P)
  • Sepasang persalinan berinai (L&P)
  • 1 persalinan tradisional (Perempuan sahaja)
  • Make-Up 2x
  • Aksesori lengkap
  • Pelamin rumah (set renjis/ bantal tangan/ kipas/ payung)
  • Bunga tangan
  • Hiasan meja makan pengantin 2 meja 8 kerusi
  • Hiasan bilik tidur pengantin (kepala katil)


Pakej D'Kurnia 4 (Perkahwinan)

RM2680 sahaja ~
Sepasang persalinan persandingan (lace/ songket/ L&P)
  • Sepasang persalinan berinai (L&P)
  • Persalinan potong kek
  • 1 persalinan tradisional (Perempuan sahaja)
  • Make-Up 2x (nikah, berinai, bersanding)
  • Aksesori lengkap
  • Pelamin rumah (set renjis/ bantal tangan/ kipas/ payung)
  • Bunga tangan
  • Hiasan meja makan pengantin berbentuk U
  • Hiasan bilik tidur pengantin (kepala katil)


Sebarang pertanyaan lanjut, sila hubungi saya Eilah @ Suhailah di ruangan "Contact Form" atau terus hubungi saya di talian 012-7915545 @ email saya di eilahsuhailah@yahoo.com


~ Terbaik dan Terindah untuk detik-detik manis anda D'Kurnia Wedding Creation Boutique ~

Thursday, March 17, 2011

Gubahan Hantaran Tema Hijau Glam...


Bismillah...assalamualaikum...untuk kali ini D'Kurnia update gmbr hntaran tema hijau...sebenarnya gmbr tu dah di tunjuk kat fb..tp belum ade kat blog ni secara detail hanya pertunjukan slide...hantaran ni dibuat semasa majlis pertunangan Farhana n Fizal...mereka memilih warna hijau sebagai tema pertunangan...jadi saye mencadangkan hijau yang glamor dgan kilauan prada...eheheh...agaknye la...ok ini antara gmbr penuh...enjoy...



ok..insyaAllah..saya akan update kan lg gmbr2 terbaru dari D'Kurnia...cume makan masa la sikit...hehehe...

Saturday, March 5, 2011

Gubahan hantaran tema Gold, krim n coklat

 Assalamualaikum...minggu ni D'kurnia sibuk menyiapkan gubahan hantaran miss Nita...gubahan bertemakan gold.krim n coklat sgt menjugakan saya untuk menyiapkannye...aksesori yg nampak cantek, sweet n mewah menjadi pilihan hati miss Nita kite ni...setelah beberapa hari berbincang dan berpuas hati dgn ape yg dirancang..maka, saya pun mula bekerja...setakat ni dah siap 6 gubahan...tinggal 5 lagi akan menyusul sebelum adanya majlis perkahwinan miss kite ni pada 12 Mac 20011...ni antara gubahan tersebut...






Ini antara contoh gubahan hantaran untuk miss Nita...enjoy...



Wednesday, March 2, 2011

D'Kurnia Wedding Creation Bridal Boutique



Bismillah,


Assalamualaikum kepada tetamu yang sudi singgah di blog D'Kurnia Wedding Creation Bridal Boutique. Untuk pengetahuan anda yang bakal mendirikan rumahtangga, D'Kurnia adalah sesuatu yang dikurniakan untuk anda...kurnia meliputi segala pemberian, kami memberikan yang terbaik dan terindah semasa anda melalui detik-detik manis anda...


Kami menyediakan pakej pertunangan, perkahwinan, gubahan hantaran, pakej fotografi, cenderahati untuk tetamu, perunding perkahwinan (wedding planner), kek pengantin dan pertunangan dan lain-lain lagi. Antara koleksi gambar-gambar bagi pakej pertunangan dan gubahan hantaran yang kami sediakan adalah seperti berikut.














Jika anda berminat bagi mendapatkan khidmat pakej pertunangan, perkahwinan, gubahan hantaran dan lain-lain lagi, sila hubungi saya Eilah @ Suhailah di talian 012 7915545 atau di alamat email saya eilahsuhailah@yahoo.com. Atau anda juga dialu-alukan untuk mengisi maklumat dan juga sebarang pertanyaan mengenai pakej-pakej yang kami sediakan di ruangan "Contact Form". Terima Kasih.



~ terbaik dan terindah untuk detik-detik manis anda D'Kurnia Wedding Creation Boutique ~






Tuesday, March 1, 2011

Koleksi-koleksi Pelamin persandingan/pertunangan D'Kurnia Wedding Creation



Bismillah,


Assalamualaikum semua, kali ini saya ingin menunjukkan antara koleksi-koleksi pelamin persandingan dan juga pertunangan yang kami sediakan. Silalah mencuci mata bagi bakal-bakal pengantin, supaya koleksi pelamin kami bakal menjadi pilihan hati di hari persandingan yang akan menjelma.



Pelamin pertunangan ~








~ terbaik dan terindah untuk detik-detik manis anda D'Kurnia Wedding Creation Boutique ~

Koleksi-koleksi baju pengantin D'Kurnia Wedding Creation ~



Bismillah,


Assalamualaikum semua...hari ini saya ingin menunjukkan antara koleksi-koleksi baju pengantin yang disediakan di butik kami. Semoga anda mendapat inspirasi daripadanya bersempena dengan hari bahagia yang bakal menjelang. Untuk maklumat lanjut mengenai pakej-pakej yang kami sediakan, sila hubungi kami di ruangan Contact Form yang telah disediakan di bahagian bawah. Terima Kasih. 

















~ terbaik dan terindah untuk detik-detik manis anda D'Kurnia Wedding Creation Boutique ~




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...